Hasil 'angsa bertelur emas' patut kembali kepada rakyat, bukan masuk poket
Hasil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang perlu disimpan semata-mata.
Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ia seharusnya dimanfaat untuk membantu rakyat selagi diurus dengan cekap dan memberikan pulangan kepada negara.