Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri dan Putrajaya hingga 9 malam

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Putrajaya sehingga 9 malam ini. - Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Putrajaya sehingga 9 malam ini. - Foto hiasan

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
  • Amaran melibatkan kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak serta Putrajaya.
  • Beberapa daerah terlibat termasuk Kerian, Jerantut, Petaling, Port Dickson, Tangkak, seluruh Melaka dan beberapa kawasan di Sarawak.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5 petang, memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri berkenaan.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian serta Larut, Matang dan Selama, manakala di Pahang, amaran melibatkan Jerantut.

Advertisement

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Petaling, Sepang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Di Negeri Sembilan, amaran itu melibatkan Port Dickson, Seremban, Rembau dan Tampin, manakala di Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Muar dan Segamat.

Advertisement

Amaran cuaca buruk itu turut melibatkan seluruh negeri Melaka.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Selangau dan Kanowit (bahagian Sibu), Kapit dan Song (bahagian Kapit), Lubok Antu dan Pantu (bahagian Sri Aman), Serian, Tatau dan Sebauh (bahagian Bintulu) serta Samarahan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement