Skip to main content
MAGGI, KPM jalin kerjasama strategik perkasa kemahiran hidup pelajar menerusi MSSCC 2026

MAGGI, KPM jalin kerjasama strategik perkasa kemahiran hidup pelajar menerusi MSSCC 2026

MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalin kerjasama strategik rasmi buat pertama kali menerusi Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) 2026. Program itu turut memperkenalkan literasi kewangan sebagai elemen pembelajaran baharu di samping terus memupuk kemahiran memasak, pemakanan sihat dan kemahiran hidup dalam kalangan pelajar.