TM perluas kapasiti pusat data menerusi pelaburan strategik, kerjasama
Telekom Malaysia (TM) meningkatkan kapasiti pusat datanya daripada 20 megawatt (MW) kepada 200MW menerusi pelaburan strategik dan kerjasama, termasuk usaha sama dengan Singtel menerusi TM Nxera Data Centre di Johor. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Amar Huzaimi Md Deris berkata pelaburan pusat data yang bermula di Johor pada 2017 itu bertujuan memperkukuh infrastruktur teras syarikat serta menyokong pertumbuhan perniagaan kesalinghubungan.