Skip to main content

Advertisement

Mecca Route: Bagaimana Malaysia ubah cara dunia hantar jemaah haji

Mecca Route: Bagaimana Malaysia ubah cara dunia hantar jemaah haji

Sejak 2017, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melaksanakan operasi haji menerusi inisiatif 'Makkah Route' dan ia telah mengubah segalanya.

Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi dan Editor Kanan Astro AWANI, Essan Yahya mengikuti sendiri penerbangan KT009 untuk menceritakan bagaimana keseluruhan proses imigresen yang diselesaikan di tanah air sebelum jemaah melangkah ke bumi Arab Saudi.

Dari Movenpick Hotel hingga ke landasan terbang, dan sebaik tiba di Madinah hanya mengambil masa 2 minit bagi proses imigresen. Inilah pengalaman sebenar Makkah Route.