Skip to main content

Advertisement

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah akibat komplikasi jantung

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah akibat komplikasi jantung

Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci hari ini selepas rebah ketika berada di kawasan Masjidil Haram.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, dalam sidang media memaklumkan bahawa Allahyarham merupakan seorang lelaki berusia 65 tahun dari Pahang yang hadir menunaikan ibadah haji bersama isterinya.