Usaha meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran sekali lagi menemui jalan buntu apabila Presiden Donald Trump membatalkan lawatan dua wakil khasnya ke Islamabad. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi meninggalkan ibu negara Pakistan tanpa sebarang kemajuan dalam rundingan bersama Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan pegawai kanan lain.