Putin mahu tamatkan konflik Ukraine melalui rundingan damai
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Moscow mahu menamatkan konflik di Ukraine menerusi rundingan damai dan menegaskan bahawa sebarang penyelesaian perlu mengambil kira realiti semasa di medan perang. Beliau turut menyatakan Rusia mahu Ukraine kekal berkecuali selepas konflik berakhir.