Skip to main content

Advertisement

TH sediakan bas ulang alik percuma ke Masjidil Haram

TH sediakan bas ulang alik percuma ke Masjidil Haram

Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan perkhidmatan bas ulang alik percuma yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan jemaah haji Malaysia bergerak dari hotel penginapan ke Masjidil Haram sepanjang musim haji 1447H/2026M.

Lapan bas dikhususkan untuk perkhidmatan ini, yang menghubungkan Hotel Abraj Al Tayseer ke Stesyen Bas Jarwal berhampiran Dataran Masjidil Haram.