Diskaun tol 50 peratus selama dua hari bermula 28 Mac
Kabinet bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus untuk tempoh dua hari sempena perayaan hari raya Aidilfitri.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, potongan itu bermula jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 29 Mac 2025.