AWANI Pagi: Inovasi UTM terajui teknologi kecerdasan buatan
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Teknologi Malaysia iaitu REDIM untuk memantau keselamatan pelantar luar persisir dan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) untuk penjagaan kesihatan.