AWANI Pagi: Menyuluh masa depan dengan inovasi di UTHM
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Kulit Lestari dan TiungLap Dron.