Banyak keputusan penting dipengaruhi elemen politik
RCI Tabung Haji mendapati beberapa keputusan penting membabitkan hibah, bayaran haji dan subsidi haji dipengaruhi unsur politik sepanjang tempoh siasatan. Suruhanjaya turut menegur Jabatan Audit Negara kerana dianggap tidak cukup tegas dalam mengendalikan isu kewangan yang dibangkitkan dalam audit Tabung Haji 2017, termasuk pemberian Sijil Audit Bersih walaupun terdapat penemuan material yang memerlukan perhatian lanjut.