Beberapa negeri dijangka hujan dan ribut petir petang sabtu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca hujan serta ribut petir pada sebelah petang Sabtu. Antara negeri di Semenanjung yang terlibat termasuk Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka tidak terjejas. Di Malaysia Timur, cuaca sama diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman rasmi MetMalaysia.