Bekas COO TH masuk hospital, pendakwaan ditangguh ke 24 September
Pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam ditangguhkan pada Khamis kerana beliau sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan masalah jantung.