Bekas COO TH nafi terima kos ubah suai tiga rumah RM302,499
Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima benda berharga sebagai penjawat awam iaitu kos pengubahsuaian rumah berjumlah RM302,499.27, sembilan tahun lepas.
Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, 56, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.