Liputan internet ke luar bandar diperluas melalui MYSRBN
Kerajaan Sarawak terus memperkukuh usahasama strategik dengan kerajaan persekutuan dalam memperluaskan liputan internet khususnya di kawasan luar bandar menerusi integrasi sistem rangkaian jalur lebar luar bandar Sarawak (MYSRBN) ke dalam pelan jalinan digital negara (JENDELA).