Buih tebal di Lebuhraya KESAS berpunca daripada sisa tumpahan sabun
Kemunculan buih sepanjang kira-kira 500 meter di Lebuhraya KESAS dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun yang berlaku pada 24 Ogos lalu. Hujan lebat menyebabkan buih terbentuk semula sebelum kerja pembersihan dilaksanakan pihak konsesi lebuh raya.