Takut dengan anjing didakwa berpunca daripada didikan sejak kecil
Ketakutan terhadap anjing dalam kalangan masyarakat antara lain berpunca daripada cara haiwan itu digambarkan sejak kecil.
Didikan ini bermula apabila segelintir ibu bapa memberi amaran kepada anak-anak supaya menjauhi anjing kerana bimbang digigit.
Aktivis Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (HIDUP), Dr Kartini Farah Rahim berkata, ia secara tidak langsung membentuk tanggapan bahawa semua anjing bersifat agresif, sedangkan tidak semua anjing menunjukkan tingkah laku sedemikian.