Skip to main content
Buruh maut dihempap perancah, JKKP arah henti kerja

Buruh maut dihempap perancah, JKKP arah henti kerja

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan semua aktiviti kerja berkaitan di sebuah tapak pembinaan di Bandar Tanjong Pinang dihentikan serta-merta susulan kemalangan maut yang mengorbankan seorang buruh binaan warga Indonesia. Mangsa dipercayai dihempap perancah pelantar kerja yang terjatuh dari aras lapan bangunan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.