Skip to main content

Hiburan

BTS jelajah Asia termasuk Kuala Lumpur menerusi konsert 'Arirang'

Kumpulan itu dijadual membuat persembahan di Stadium Nasional Kaohsiung, selatan Taiwan pada Khamis, Sabtu dan Ahad sebelum meneruskan jelajah ke Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan Bulacan di Filipina. - Gambar fail/Reuters
Kumpulan itu dijadual membuat persembahan di Stadium Nasional Kaohsiung, selatan Taiwan pada Khamis, Sabtu dan Ahad sebelum meneruskan jelajah ke Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan Bulacan di Filipina. - Gambar fail/Reuters

Ringkasan AI

  • Kumpulan BTS akan memulakan siri jelajah dunia "Arirang" di Kaohsiung, Taiwan, dengan 26 persembahan di sembilan bandar raya Asia dan Australia.
  • Jelajah ini berlangsung hingga Februari 2027, melibatkan konsert di Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bulacan, Melbourne dan Sydney.
  • Beberapa mercu tanda Kaohsiung dihiasi lampu ungu, dan dua konsert akan ditayangkan secara langsung di pawagam lebih 80 negara.
Advertisement

SEOUL: Kumpulan sensasi K-pop BTS dijadual memulakan siri jelajah Asia dan Australia menerusi konsert jelajah dunia "Arirang" di Kaohsiung, Taiwan pada Khamis, dengan 26 persembahan dirancang di sembilan bandar raya, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kumpulan itu dijadual membuat persembahan di Stadium Nasional Kaohsiung, selatan Taiwan pada Khamis, Sabtu dan Ahad sebelum meneruskan jelajah ke Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan Bulacan di Filipina.

Jelajah berkenaan akan berlangsung sehingga Februari 2027, termasuk lima konsert di Melbourne dan Sydney, Australia.

Advertisement

Menjelang konsert itu, beberapa mercu tanda utama Kaohsiung termasuk Jambatan Great Harbor yang turut dikenali sebagai Jambatan Dagang dan Pusat Muzik Kaohsiung dihiasi lampu berwarna ungu sebagai simbol kumpulan BTS dan peminat mereka yang dikenali sebagai ARMY.

Bangunan pencakar langit 85 Sky Tower turut memaparkan mesej sambutan pada bahagian luarnya, manakala pertunjukan pancutan air berirama muzik dirancang di Sungai Love sepanjang tempoh konsert berlangsung.

Advertisement

Konsert kedua di Kaohsiung pada Sabtu dan konsert ketiga di Jakarta pada 29 Dis akan ditayangkan secara langsung di pawagam di lebih 80 negara dan wilayah, termasuk Korea Selatan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

Must Watch Video

Advertisement