Cadangan tubuh Majlis Tahfiz Negara akan dibawa ke Kabinet
Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang dicapai dalam Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 pada Jumaat akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting bagi memperkukuh kedudukan pendidikan tahfiz dalam arus perdana sistem pendidikan negara.