Skip to main content
Advertisement
10 syarikat ikrar beri kerjasama dalam siasatan berhubung jerebu

10 syarikat ikrar beri kerjasama dalam siasatan berhubung jerebu

Wakil kanan 10 syarikat yang berpotensi dikaitkan dengan kebakaran yang menyebabkan jerebu berikrar memberikan kerjasama penuh dalam siasatan dijalankan Singapura selepas dipanggil menghadiri pertemuan dengan tiga menteri kanan republik itu pada Rabu (28 Oktober).

Pertemuan itu bertujuan menjelaskan tuntutan kerajaan Singapura serta rancangan untuk memperketat undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran jerebu.