City rampas takhta EPL dari Arsenal, Burnley sah tersingkir
Manchester City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley di Turf Moor, sekali gus memintas Arsenal yang mendahului liga selama enam bulan. Gol awal Erling Haaland sudah memadai untuk memastikan tiga mata penuh buat juara bertahan itu, sementara kekalahan berkenaan mengesahkan penyingkiran Burnley ke Divisyen Championship musim depan.