Zii Jia tersingkir awal lagi di tempat sendiri
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia sekali lagi tersingkir di peringkat awal di Arena Axiata selepas beliau tewas kepada wakil Taiwan Lin Chun-Yi, 19-21, 21-16, 15-21 pada pusingan kedua kejohanan Masters Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis.