CP500 tidak menyebabkan sekatan ke luar negara
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata gagal membayar ansuran cukai melalui notis CP500 tidak menyebabkan pembayar cukai dikenakan sekatan secara automatik.
Sekatan hanya boleh berlaku selepas tempoh enam bulan daripada tarikh Borang Nyata Cukai Pendapatan dimuktamadkan, sekiranya tiada sebarang maklum balas atau tindakan susulan antara pembayar cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Justeru, pembayar cukai disaran berhubung dengan LHDN bagi mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan sebarang isu berkaitan cukai masing-masing.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat