DBKL sita 32 peralatan, kompaun 19 ulat foto sekitar KLCC
DBKL menyita 32 peralatan dan mengeluarkan 19 kompaun dalam operasi khas mengekang jurufoto tanpa lesen di sekitar Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee. Tindakan diambil terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran di lokasi awam.