Denggi: Kes melonjak 66 peratus, kerajaan ambil langkah proaktif
Kes denggi di seluruh negara meningkat mendadak sebanyak 66 peratus setakat minggu epidemik ke-35 tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkembangan semasa itu sekali gus mendorong kerajaan memperhebat langkah pencegahan termasuk penganjuran program gotong-royong berskala besar.