Dialog Anak Muda: Kemerdekaan Dan Perpaduan Dari Kaca Mata Gen Z
Tatkala media sosial semakin sarat dengan kandungan berbaur kebencian, manakala politik identiti terus mencetuskan ketegangan kaum dan agama, bagaimana anak muda melihat makna kemerdekaan, perpaduan dan patriotisme hari ini? Sejauh mana generasi muda melihat peranan serta identiti mereka dalam membentuk masa depan negara?
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, #DialogTigaPenjuru membuka ruang untuk anak muda berbahas, mencabar perspektif dan mengupas persoalan tentang identiti, perpaduan serta masa depan negara.