Skip to main content
Advertisement
Maklumat berkaitan jerebu banyak 'ditapis' sebelum sampai ke Presiden Prabowo - Greenpeace

Maklumat berkaitan jerebu banyak 'ditapis' sebelum sampai ke Presiden Prabowo - Greenpeace

Penyelidik Kanan Greenpeace Indonesia, Sapta Ananda Proklamasi mendakwa maklumat penting mengenai krisis jerebu tidak disampaikan sepenuhnya kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyebabkan situasi sebenar di lapangan berisiko dipandang remeh dan menjejaskan ketepatan keputusan kerajaan.

Beliau turut menyifatkan ego negara serta kebimbangan mengakui kelemahan sebagai antara faktor Indonesia sukar menerima bantuan antarabangsa, selain mendakwa berlaku penyelewengan dana bencana yang mencerminkan kelemahan sistemik dalam pengurusan krisis negara itu.