Skip to main content
Advertisement
Adakah kerana jerebu, sampai sanggup bermusuhan Malaysia-Indonesia?

Adakah kerana jerebu, sampai sanggup bermusuhan Malaysia-Indonesia?

Isu jerebu rentas sempadan yang berulang saban tahu menimbulkan persoalan sejauh mana Malaysia dan Indonesia mampu mengambil tindakan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ketua Penyelidik Unit Undang-Undang Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Rusli, berpandangan diplomasi dan rundingan kekal sebagai pendekatan utama dalam menangani isu berkenaan, selaras prinsip ASEAN.