Dua lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan, Ipoh pada Sabtu.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, masing-masing berasal dari Selangor.