Hilang di Sungai | Lelaki 22 tahun ditemui lemas di Sungai Dungun
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Dungun ditemukan lemas selepas 16 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata mangsa Ahmad Solihin Ishak, 22 tahun, ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.