Skip to main content

Advertisement

Elak dehidrasi ketika berpuasa, kekal minum 8 gelas sehari

Elak dehidrasi ketika berpuasa, kekal minum 8 gelas sehari

Pakar Nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Fara Wahida Rezali mengingatkan bahawa tempoh berpuasa hampir 14 jam sehari boleh menyebabkan dehidrasi, sembelit dan gastrik. Beliau menasihatkan agar orang ramai memastikan pengambilan 6 hingga 8 gelas air sehari mengikut panduan yang disyorkan KKM, termasuk pengagihan waktu minum antara sahur, berbuka dan selepas solat tarawih.