Skip to main content

Advertisement

AWANI Pagi: Pemilihan Makanan Sesuai Semasa Berpuasa

AWANI Pagi: Pemilihan Makanan Sesuai Semasa Berpuasa

Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi turut menuntut perancangan pemakanan yang seimbang bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. Pemilihan makanan ketika sahur dan berbuka memainkan peranan penting dalam mengekalkan paras gula dalam darah, mengelakkan dehidrasi serta memastikan prestasi kerja dan ibadah tidak terjejas.

Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami akan bersama Fara Wahida Rezali, Pakar Nutrien, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk berkongsi panduan memilih makanan yang sesuai ketika berpuasa, kesilapan lazim yang sering dilakukan, serta tip praktikal bagi memastikan tubuh kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadan.

#AWANIPagi #AWANInews