FBI siasat kediaman suspek di California, dipercayai seorang guru
FBI menjalankan pemeriksaan ke atas kediaman seorang suspek di Torrance, California, susulan insiden tembakan berhampiran Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House di Washington. Suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah ejen Perkhidmatan Rahsia dan kini berdepan beberapa pertuduhan serius di mahkamah persekutuan, sementara motif serangan masih dalam siasatan.