Skip to main content

Advertisement

FlySiswa diperluas, bantuan khas pula disalur 13 Mac - PM

FlySiswa diperluas, bantuan khas pula disalur 13 Mac - PM

Subsidi tiket penerbangan FlySiswa untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bernilai RM400 bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak kini diperluaskan kepada lebih banyak institusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bakal memanfaatkan kira-kira 50,000 pelajar pada tahun ini berbanding 44,000 pelajar tahun lalu.