Skip to main content

Malaysia

ILTIZAM Catalyst: Mencorak pertumbuhan mampan perniagaan Bumiputera

ILTIZAM Catalyst diwujudkan bagi membantu usahawan Bumiputera memperkukuh asas perniagaan menerusi bimbingan pakar dan bantuan teknikal dalam bidang pengurusan kewangan, penjenamaan, pemasaran digital, adaptasi teknologi dan kepimpinan.
ILTIZAM Catalyst diwujudkan bagi membantu usahawan Bumiputera memperkukuh asas perniagaan menerusi bimbingan pakar dan bantuan teknikal dalam bidang pengurusan kewangan, penjenamaan, pemasaran digital, adaptasi teknologi dan kepimpinan.

Ringkasan AI

  • Program ILTIZAM Catalyst oleh Ekuinas membantu PKS Bumiputera memperkukuh asas perniagaan melalui bimbingan pakar dan bantuan teknikal dalam pelbagai bidang.
  • Sejak 2022, 75 syarikat Bumiputera telah menerima manfaat, dengan penekanan kepada pembangunan kapasiti, tadbir urus dan pertumbuhan mampan.
  • Permohonan bagi program percuma ini untuk tahun 2027 kini dibuka kepada syarikat Bumiputera yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dalam landskap perniagaan yang semakin dinamik dan kompetitif, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera perlu melangkaui fokus terhadap jualan dan pertumbuhan dengan memberi perhatian kepada aspek daya tahan, tadbir urus serta kemampanan perniagaan jangka panjang.

Menurut Pengarah, Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), Hizwani Hassan berkata landskap pernigaan PKS Bumiputera yang semakin dinamik dan kompetettif telah membuka ruang persaingan yang lebih besar, namum dalam masa yang sama turut membuak ruang untuk terus berkembang disebalik tekanan dan cabaran yang dihadapi.

"Dalam landskap perniagaan yang semakin dinamik dan kompetitif, PKS Bumiputera perlu melangkaui sekadar penyertaan dengan memperkukuh daya saing, tadbir urus dan keupayaan teknologi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan. ILTIZAM Catalyst diwujudkan untuk membantu usahawan membina asas perniagaan yang lebih kukuh serta merealisasikan potensi pertumbuhan mereka dalam jangka panjang.” katanya dalam temubual rancangan Niaga Awani pada Khamis.

Advertisement

Katanya lagi, sejak diperkenalkan pada 2022, ILTIZAM Catalyst telah memberi manfaat kepada 75 syarikat Bumiputera, selaras usaha memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera dan meningkatkan daya saing perusahaan tempatan.

Hizwani turut berkata, keberkesanan program itu tidak hanya diukur berdasarkan pertumbuhan sesebuah syarikat, sebaliknya melalui beberapa petunjuk prestasi utama atau KPI yang memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti perniagaan secara menyeluruh.

Advertisement

Beliau berkata antara KPI yang digunakan termasuk kejelasan hala tuju perniagaan, pengukuhan pemikiran keusahawanan dan kepimpinan, peningkatan keterlihatan jenama serta kehadiran pasaran, selain membantu syarikat meningkatkan keuntungan produk dan mencapai sasaran pembangunan yang ditetapkan sepanjang program

Bagi pihak alumni program ILTIZAM Catalyst, Mohamad Hafidz Arifin yang merupakan Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif, Benefigs Arus Sdn Bhd (Benefigs) berkata ramai usahawan memberi tumpuan kepada peningkatan jualan dan pengembangan operasi, namun kurang memberi perhatian kepada aspek pengurusan aliran tunai serta perancangan kewangan yang mampan.

"Ramai usahawan mahu mengembangkan perniagaan dengan pantas, namun pertumbuhan yang mampan memerlukan asas kewangan yang kukuh, perancangan strategik yang jelas serta keupayaan operasi yang mampu menyokong perkembangan tersebut dalam jangka panjang.", katanya.

Menurut Hafidz, antara cabaran utama yang sering dihadapi PKS adalah mengembangkan perniagaan tanpa asas kewangan yang kukuh, terlalu tertumpu kepada operasi harian serta mengejar pertumbuhan tanpa mengambil kira kemampuan sebenar organisasi.

Antara pengajaran paling besar yang diperoleh menerusi program ILTIZAM Catalyst adalah kepentingan membina asas kewangan yang kukuh sebagai pemacu kepada pertumbuhan perniagaan yang mampan. 

Beliau menyedari pengurusan aliran tunai yang baik serta perancangan kewangan yang sistematik memainkan peranan penting dalam memastikan perniagaan terus berkembang.

Selain itu, program tersebut turut mengubah perspektif beliau daripada terlalu memberi tumpuan kepada operasi harian kepada pemikiran yang lebih strategik, termasuk dalam perancangan jangka panjang, pengukuhan model perniagaan dan strategi pertumbuhan yang lebih tersusun.

Bagi memastikan lebih banyak PKS Bumiputera bersedia untuk berkembang secara mampan dan berdaya saing, permohonan bagi program ILTIZAM Catalyst 2027 kini dibuka kepada syarikat yang memenuhi syarat kelayakan termasuk memiliki sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan Bumiputera serta mencatatkan hasil tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta.

Program yang ditawarkan secara percuma itu dijangka bermula pada Mei 2027.

Platform impak sosial Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), ILTIZAM Catalyst, diwujudkan bagi membantu usahawan Bumiputera memperkukuh asas perniagaan menerusi bimbingan pakar dan bantuan teknikal dalam bidang pengurusan kewangan, penjenamaan, pemasaran digital, adaptasi teknologi dan kepimpinan. 
 

Must Watch Video

Advertisement