Gambaran negara perlu menyeluruh, jangan abai Sabah Sarawak
Gambaran tentang Malaysia tidak seharusnya terlalu berpusat pada Semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak seolah-olah terpinggir daripada naratif negara.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi berkata, sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia mempunyai beberapa lapisan yang perlu difahami secara menyeluruh.