Hakisan Sungai Liwagu punca menara elektrik tumbang di Ranau
Sabah Electricity memaklumkan hakisan teruk akibat arus deras Sungai Liwagu menjadi punca menara penghantaran elektrik T313 di Ranau tumbang. Lebih 153,000 pengguna terjejas dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya menjelang 2 Disember.