AI semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia dan ramai mengakui teknologi ini membantu meningkatkan produktiviti serta menjimatkan masa. Namun, sejauh mana rakyat benar-benar memahami risiko yang datang bersama AI dan adakah kita cukup bersedia menghadapi cabaran melibatkan salah maklumat, scam digital, privasi data dan kebergantungan kepada teknologi yang semakin berkembang pesat?