Golongan muda diseru supaya terus kuatkan diri - Mufti
Golongan muda dinasihatkan supaya tidak mudah berputus asa hanya kerana dinilai berdasarkan masa silam, sebaliknya menjadikan keredaan Allah SWT sebagai matlamat utama kehidupan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan kepentingan memahami tujuan hidup, ketahanan jiwa serta kesabaran dalam menghadapi tekanan emosi, kritikan dan cabaran kehidupan, khususnya dalam era media sosial.