'Henti tuduh-menuduh, buktikan jika Malaysia terlibat'
Isu jerebu rentas sempadan tidak seharusnya berakhir dengan tuduh-menuduh antara Malaysia dan Indonesia.
Ketua Kempen dan Pemangku Wakil Negara Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun berkata, pihaknya mahu Indonesia mendedahkan bukti sekiranya benar terdapat syarikat Malaysia terlibat dalam kebakaran hutan yang didakwa mencetuskan jerebu ketika ini.