Nahas Pesawat China | Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat
Setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang terhempas di Wilayah Guangxi, China.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, Kedutaan Malaysia di Beijing serta Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou memantau rapat mengenai sebarang perkembangan berhubung nahas itu.