Hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir serta hujan melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang Isnin. Menurut kenyataan METMalaysia, ramalan itu melibatkan kawasan bandar dan pedalaman.