Skip to main content

Advertisement

Ramalan Cuaca | Tiga hari ribut petir, hujan di seluruh negara

Ramalan Cuaca | Tiga hari ribut petir, hujan di seluruh negara

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula Rabu.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, ribut petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Sabah serta Sarawak.