Indeks Jenayah Kelantan turun 7.6 peratus bagi enam bulan pertama 2026
Kadar jenayah indeks di Kelantan menurun 7.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini kepada 891 kes, berbanding 964 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penurunan sebanyak 73 kes itu membuktikan strategi, komitmen serta tindakan berterusan dilaksanakan Polis Kontinjen Kelantan berada pada landasan tepat.