Skip to main content
Advertisement
Lebihan akaun semasa Jepun meningkat 22.5 peratus bagi separuh pertama 2026

Lebihan akaun semasa Jepun meningkat 22.5 peratus bagi separuh pertama 2026

Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 17.43 trilion yen (kira-kira US$110 bilion) pada separuh pertama 2026, naik 22.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data kerajaan pada Isnin, lapor Xinhua. Bagi tempoh Januari hingga Jun, imbangan perdagangan barangan kembali mencatatkan lebihan sebanyak 742.1 bilion yen, berbanding defisit 1.46 trilion yen dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Kementerian Kewangan.