Menurut laporan media tempatan, persekutuan berkenaan mula menjual tiket menerusi laman sesawang rasminya bagi perlawanan Iran menentang New Zealand, Belgium dan Mesir selepas menerima kuota yang diperuntukkan.
Bagaimanapun, persekutuan itu menjelaskan kuota berkenaan kemudiannya ditarik balik, sekali gus menjadikannya mustahil untuk menyediakan walaupun satu tiket kepada penyokong pasukan kebangsaan melalui saluran rasmi dalam keadaan semasa. Buletin AWANI