Skip to main content
Advertisement
Iran lulus pelantikan Mehrdad Akhlaqi sebagai Menteri Pertahanan baharu

Iran lulus pelantikan Mehrdad Akhlaqi sebagai Menteri Pertahanan baharu

Parlimen Iran pada Ahad meluluskan pelantikan Mehrdad Akhlaqi Ketabchi sebagai Menteri Pertahanan baharu negara itu, menurut laporan penyiar negara IRIB, lapor Anadolu Ajansi.

Akhlaqi memperoleh 237 undi menyokong dan 15 undi menentang, tanpa sebarang undi berkecuali, daripada keseluruhan 277 undi yang dibuang dalam sidang Parlimen yang diadakan menerusi persidangan video.